Just say hi to my blog, then read my story. And laugh if the story is funny and cry if the story is sad. But but but but ! BEFORE YOU CLOSE THIS PAGE, PLEASE LEAVE A COMMENT IF NECESSARY. Kay chawwww

Mengapa Kita Tak Cemerlang ?

Setiap manusia diciptakan Allah s.w.t. dalam keadaan gemilang. Walau bagaimanapun, tugas mencapai kecemerlangan dan kegemilangan diri terletak di bahu setiap orang.
-petikan dari majalah SOLUSI-

Hai blogger blogger sekalian, kali ni aku berbesar hati pulak nak post something yang agak agak ke arah nasihat macam tu lah kan. Alhamdulillah :)

So back to the topic okay. Dekat sekolah tuh, ramai pelajar yang 'kurang cemerlang' bila tengok pelajar lain dapat result cemerlang haaaa mulalah cakap cakap ' waaaa pandai ny ' 'hmm boleh la kau pandai aku bodoh' dan macam macam lagi lah.

Haaishh korang ni, cuba tengok balik petikan kat atas tu. ' SEMUA MANUSIA DICIPTAKAN ALLAH S.W.T. DALAM KEADAAN GEMILANG' . So maksud ny semua makhluk Allah ni cerdik cerdik belaka, tak ada yg bodoh pun. Cuma jalan nak mencapai kecemerlangan dan kegemilangan tu jauh atau dekat je. Bersabor je laa haaa terkeluor bahasa Perak aku ;DD

Okay ! Tapi hari ni aku nak jelaskan punca-punca mengapa mereka mereka ini tidak cemerlang sebenarnya. Agak agak ny kenapa ?

1. Mereka ni tiada matlamat. Haaishh penyakit penyakit :) Mereka ni belajar macam orang lain, tapi tak ada matlamat. Ibarat ' Pemburu menembak ke udara ' lah kan. Sia sia je mereka belajar. So apa yang perlu korang buat, set matlamat sendiri. Selepas tamat pengajian, korang nak jadi apa kan. So korang mestilah akan berusaha gila gila kan, sebab nak capai matlamat tu. Oleh itu, semua halangang korang rempuh je.

2. Niat kita perlu betul okay. Kita menuntut ilmu ni bukan sebab nak nama, nak menunjuk-nunjuk dan nak kejor kekayaan. Tapi kerana Allah s.w.t.. Kita belajar ni kerana Allah. Kalau korang belajar sebab nak nama apa semua itu dah salah. So betul kan niat dulu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 'Sesiapa yang mempelajari ilmu dengan mengharap keredhaan Allah, tidaklah ia mempelajarinya melainkan untuk memperoleh harta dunia, dia tidak akan mendapat harumnya bau syurga di akhirat'
-Riwayat Abu Daud, sanad hasan-

3. Tidak minat kepada subjek, kelas atau aktiviti belajar. Masalah ni merupakan punca utama pelajar tidak cemerlang. Siapa sokong angkat kepala :DD Haaishh main main pulak dia nih. Okay, selalunya bila tiba masa untuk belajar subjek yg mereka tak minat ni, mesti rasa malas gila nak belajar. Yahh aku cakap ni sebab aku pun macam tu. So pepatah melayu ada mengatakan ' Tak kenal maka tak cinta ' kan. Kita kena lah kenal kenal dengan subjek tuuuu, apa kepentingan dia kan. So aku pun dalam proses nak kenal kenal dengan subjek yang aku benci heeee ;D

4. Mengantuk. Kalau korang tengok, ramai pelajar yang mengalami masalah mengantuk ni kan. Termasuklah aku, eh korang pun sama je ;P So aku ada beberapa tips untuk elak mengantuk bila datang sekolah.
* Tidur awal ( sebelum pukul 12.30 )
* Elakkan bersarapan makanan yang berat berat kayy, contohnya nasi lemak leee
* Minum air

5. Malu bertanya bila tak faham. Haaaa masalah ni mmg selalu. Pelajar selalu bagi alasan, 'nanti kalau tanya cikgu marah'. Hey adik adik sekalian, cikgu tu tak makan orang lah. Mana korang nak ? Tanya then kena marah tapi faham atau tak tanya means tak kena marah and tak faham, haaaa pikir pikir laa sendiri :)

6. Belajar sambil dengar lagu. Haaishh macam mana laa tu kan. Nak baca buku, then nak dengar lagu lagi. Babe boleh pening kepala dongg ! Kalau kau nak tau, muzik ni gangguan kepada otak kot. So kurang kurang kan lah dengar lagu ni terutamanya lagu yang ala ala metal. PEERRGGHHH ! apa pun aku tak paham lagu metal metal ni. Kalau nak belajar belajar je, kalau nak dengar lagu dengar jeee. Jangan lee buat dua keje dalam satu masa. Nanti yang dikejar bertaburan, yang digendong berciciran. Hahahaha betul ke ni ?

7. Jadual yang sistematik okayy ! Korang kenalah buat jadual sikit. Kan orang cakap ' masa ni bagaikan emas ' kan. So anggaplah ia betul betul emas, jadi korang takkan bazir kan masa yang ada ni.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ' Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dalam kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran'.

Okay okay panjangnya entry kali ni kan. Haaiishhh panjang panjang ni korang nak baca ke pun kan. Tapi aku harap entry Mengapa Kita Tak Cemerlang? ni dapat laa bg tips kat kau kan. Hopely :) So ni first post aku yang berkaitan nasihat nasihat ni, ofcousre rasa macam bosan kan. Tapi apa pun, jatuhkan lah komen dekat ruangannya. Tu pun kalau sudi :) daaaaaa

7 comments:

  1. Bagus..informasi yang berguna..

    http://zackey1984.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. haha. aku memang ada masalah sikit kalau pasal bab tak minat pasal subjek. kekadang terfikir kenapa patut belajar semua itu. dan di sebabkan terpaksa mengikut silibus yang di tetapkan so mesti go on jugalah. aiseh!

    ReplyDelete
  3. terpulang kpada sikap masing2....

    Entry Terkini: UM Campus Election Fight

    ReplyDelete
  4. hahahahaha
    cikgu aisyah kompem bg a bm
    siap ada peribahasa dlam blog ni apecal hahahahahhahahaha

    ReplyDelete
  5. tihara: haha thank you :)

    sam posmen:yes ! sama lah especially bi kan. but demi future kena lah belajar kan :DD

    Admin:haha aah, tapi klau nak berjaya kena lah berusaha kan. semuanya terletak kat bahu sendiri kan.

    najemi: haha nampak selipar saya ni, kangg saya baling baru tau *aisyah japp

    ReplyDelete